Monday, September 22, 2008

Malam 1000 bulan


Lailatul Qadar atau Lailat Al-Qadar (Bahasa Arab: لَيْلَةِ الْقَدْرِ) (malam ketetapan) adalah satu malam penting yang terjadi pada bulan Ramadhan, yang dalam Al-Quran digambarkan sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan. Dan juga diperingati sebagai malam diturunkannya Al Qur'an. Deskripsi tentang keistimewaan malam ini dapat dijumpai pada Surah Al Qadar, surat ke-97 dalam Al Quran. (sumber:wikipedia.org)
Malam Lailatul Qadar adalah malam yang sejahtera dan selamat dari segala kejahatan dari awal malam sehinggalah terbit fajar. Memberi erti kebaikan menyelubungi sepanjang malam Lailatul Qadar. Tentulah hampa bagi mereka yang lalai yang tidak ambil berat tentang malam Lailatul Qadar, namun ia tetap datang disetiap bulan Ramadhan.(sumber:www.ikim.gov.my)
Kita yakin dan percaya berdasarkan keterangan al-Quran dan hadis bahawa terdapat perkaitan yang kuat anugerah rahmat lailatul Qadar adalah untuk umat Islam yang berjaya membersihkan diri sepenuhnya dimana mereka mempunyai kualiti puasa yang tinggi. Untuk mengekalkan prestasi kualiti puasa yang tinggi selama 29 atau 30 hari bukanlah perkara yang mudah. Bagi orang Islam yang dhaif iman agak sukar untuk mengekalkann prestasi kualiti puasa selama 29 atau 30 hari kerana bukan tabiatnya berbuat demikian. Walhasilnya mereka yang berpeluang besar akan mendapat izin Allah mempereoleh rahmat anugerah Lailatulqadar ialah orang-orang salih yang bukan sahaja cemerlang dalam mengekalkan kualiti puasa tetapi mereka juga hebat dalam melaksanakan ibadat-ibadat yang lain.(sumber: www.islam.gov.my)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...