Tuesday, October 28, 2008

Pangkor Island in Memory..


Tertunai jugak rancangan utk pergi bercuti bersame 'geng bas sekolah'...Rancangan ni dah lame d utarakn, n kini terlaksana sudah..Thnx my friendz.. Bnyk perkara yg sudah kami lalui..dan aku nk kongsi knangn aku dalm misi ke pulau pangkor utk semua.. So, utk mngikuti pengalaman aku dalam "misi ke pulau pangkor" ni, jgn lupe nk ikuti 'post' akn dtg...same2 lah anda nntikn..Jgn lupe k...

Wednesday, October 22, 2008

Open House

Sekarang ni, sane sini ada 'open house'... smua org pn berlumba2 nk menjamu kawn2 x kire lah kwn sekolah ke..opis ke...yg pnting, kehadiran kwn2 tu akn lbih memeriahkn mjlis 'open house'kn.. Mase ni lah nk jmpe kwn2 yg dh lame x jmpe bkn saja bertnya khabar, ttp trut mngmbil ksmptn utk bermaaf2an..


Ujung minggu hari tu, 'my meamor' ada buat open house..So, jemputla mmber2 yg dah lame xjmpe.. Nmpak meriah je spnjng hari tu.. cuaca pn sngt mnyebelahi... Boleh dikire cerah la ari tu, almaklumlah.. smua kwn2 org jauh2.. klu ujan, tn2 mnyukarkan tetamu nk dtg kn.. So, bersyukur sgt... mknan yg d hidangkn pun cukup.. mcm2 jenis mkanan ari tu..nasi bukhari ada, rendang ada, kari ada, soto, kek, buah2an and mcm2 lah...

Terima kasih kerana kesudian tetamu yg smpt hadir 'open house' berkenaan... walaupun ada yg tersesat wktu nk dtg, tp smua tu xjd hlngn anda semua utk menghadirkan diri...

Cepat je rase mase tu berlalukan... Jarang ada org yg menghitung hari kita dah beraya..tetapi wktu bulan pose, ari2 countdown utk raye.. Ape2 pn ni, dah masuk fasa terakhir bulan syawal.. n dah pasti dah ramai yg dah abis puasa 6 di bulan syawal.. bg yg belum berkesempatn, masih ada lbih kurang 8 ari lg utk berpuasa...semoga kita tergolong dari golongan hamba-Nya yang sentiasa bersyukur..Amin..

Monday, October 13, 2008

51th


Alhamdullilah... 13 Oktober 2008..genap 51 bulan sudah usia iliamoraum.. mgkin ada yg bertnye ape makna iliamoraum..Bg aku, ianya memberikan maksud yang sangat bermakna serta menggambarkan perasaan dua org insan yg di satukn.. Insan yg di satukan melalui rasa kasih sayang, cinta, kehidupan serta pengharapan...

Setalah 4 tahun 3Bulan jalinan ini tersimpul rapi.. semoga rase cinta serta kasih sayang ini akan sentiasa mekar.. Aku sentiasa berdoa agar kami berdua akn segera di satukan..

Ya Allah,
Seandainya kau telah mentakdirkan dia milikku
tercipta buatku dari rusuk kiriku,
Kau dekatkanlah hatinya dengan hatiku.
Kau tetapkanlah kemesraan antara kami,
agar kebahagiaan ini kekal abadi.

Ya Allah
Seiringkanlah hati kami
untuk mengiringi kehidupan ini
untuk menghadapi pelbagai cabaran mendatang
dengan penuh tabah dan tenang..

Ya Allah Dengan penuh rendah hati, Aku berharap hanya kepada-Mu Aku bermohon agar Kau memperkuatkan kasih sayangku padanya
selagi mana tidak melebihi kasih sayangku pada Mu.

Ya Rahman Ya Rahim,
Cukuplan Engkau sahaja menjadi pemeliharaku
Didunia dan di akhirat
Dan peliharalah kami dari azab api neraka

Amin………

Tuesday, October 7, 2008

Puasa Enam


Masuk minggu ke dua bulan Syawal...N dah mula start keje.. Ramai yg dah mula start buat puasa 6.. Puasa 6 hari dibulan syawal...

Dalilnya ialah hadis Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1164 (Kitab al-Siyam, Bab disunatkan berpuasa enam hari dari bulan Syawal)].

Hadis yang menjadi dalil puasa sunat enam Syawal adalah sahih sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab sahihnya. Sebelum ini ada segelintir pihak yang meragui kesahihan hadis ini. Keraguan tersebut adalah sia-sia kerana hadis ini diriwayatkan dari beberapa sahabat dan memiliki banyak jalan periwayatan. Syaikh Abdullah bin Abdul Rahman al-Bassam menjelaskan:

“Hadis ini nyata kesahihannya, ia datang dengan tiga jalan periwayatan selain jalan di atas (yang dikemukakan oleh Imam Muslim). Ia juga diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi dengan tiga wajah (yang berlainan) sehingga dikatakan: Sesungguhnya ia adalah hadis mutawatir. Ini kerana al-Dimyathi telah menghimpun semua jalan periwayatan hadis ini dan sanadnya dari dua puluh orang perawi, kebanyakan mereka hafiz dan thiqat.” [Taudhih al-Ahkam min Bulugh al-Maram (Maktabah al-Asri, Mekah, 2003), jld. 3, ms. 533]

Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan. Hanya saja terdapat perbincangan di kalangan para ilmuan: Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara rambang?

Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara rambang asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah s.a.w. menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Justeru puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah bulan Syawal.

Walaubagaimana pun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan keumuman firman Allah s.w.t.: “Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Ali Imran 3:133]

Marlah kita same2 melaksanakan ibadah puasa sunat ni...Smoga kita smua akn beroleh rahmat dari-Nya..Amin

Monday, October 6, 2008

Ingat-ingatlah...



Kite lupekanlah seketika mood raye ni...coz ari ni start keje slps lame bercuti raye...pg ni agak liat sikit la nk bngun...hehehe...yela dh sminggu bercutikn..
Anyway, perjalanan balik ke KL ari2 berjalan dgn lncar...walaupn perjalann start kul 12mlm, tp knderaan kat higway tu x putus2... Myb smua org pn tau yg klu blik siang ahad, cnform sesak..N terbukti telahan aku betul..smlm brite, smua jln nki masuk KL n Slngor sesak..ditmbh lg dgn cuaca hujan lebat smlm ptg...
Aku dah slmt smpi KL..n ari ni aku dah start keje...wlaupn mood raye tu masih ada, tp aku akn lupekn sjenk kemeriahan tu...kene beri tumpuan kpda kerja..Kawan2, masih blum terlambat kite smua utk bermaaf2an..kt blh knjung mngunjung kwn2, sedara mara...smualah..
"SELAMAT HARI RAYA"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...