Sunday, December 7, 2008

LaMBaiAN HaJi:- WuKUf

Hari ni (Ahad- 7 Dis 08 bersamaan 9 ZulHijjah 1429), Mak n Abh serta ratusan ribu jemaah haji akn mngerjakan wukuf di Arafah.. Ibadah wukuf ini merupakan kemuncak kepada penyempurnaan rukun Islam ke-lima ini.. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang kedua tetapi yang utama dari rukun-rukun haji itu. Itu adalah berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud ;
"Dari Abdul Rahman bin Ya'mur r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh seorang penyeru menyerukan : "Haji itu ialah "Arafah". Barang siapa datang pada malam tanggal sepuluh, sebelum terbit fajar, bererti dia telah mendapatkan Arafah" (Riwayat - Ahmad dan Ashabus Sunan)

Perhimpunan di Arafah ini juga bagi mengingati kembali peristiwa di mana Nabi Adam A.s dan Siti Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis. Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk bertemu kembali! Di mana mereka bertemu? Tidak lain dari Padang Arafah iaitu di Jabar Rahmah. Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah. Akhirnya permohonan mereka diterima Allah. Maka, Padang Arafah ini menjadi tempat kita menyesali segala dosa yang pernah kita lakukan dan di situlah kita boleh memohon pengampunan daripada Allah semoga permintaan kita diterima.

Aku harap mak abah akn di permudahkan dalam melaksanakan ibadah Haji ni..

Ya Allah,
Sesungguhnya ibu bapaku adalah tetamu yg dipilih oleh-Mu,

Untuk berkunjung ke Rumah-Mu,

Aku yang kerdil ini bersyukur kepada-Mu,

Kerana Kau tunaikan impian Ibu Bapaku..

Ya Allah,
Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,

Kau permudahkanlah kedua Ibu Bapaku,

Untuk menyempurnakan Ibadah haji ini,

Kau berikanlah kesihatan serta kecergasan kepada mereka,

Kau lapangkan serta berikan ketenangan kepada mereka,

Kau lancarkanlah segala urusan ibadah mereka,

Semoga mereka mendapat Haji yang Mabrur..

Hanya kepada-Mu lah aku memohon serta berserah..

Amin....


2 comments:

Nurulhuda said...

semoga mendapat haji yg makbur..insyaallah!!

Are-Um said...

Terima kasih cik Nurul..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...