Monday, May 25, 2009

.:JaHit:.

Mingggu ni, dlm fikiran aku hnya pikirkan pasal jahitan...jahitan..jahitan... Coz minggu ni kene antar asigment jhitan... Pehhh... mcm2 kene buat beb... Tp yg pnting, beg aku dah selesaikan... tinggal asigment je nk edit.... yang RPH muzik, plak, alhamdullilah, Allah kurniakan aku idea mncipta lirik... Utk aku gubah... idea tgh mlm b4 tido... Ape2 pn, aku msti teruskn pjungan...ni mggu last b4 cuti pnjng (3 minggu)... N pastu kene jalani praktikum...

Saturday, May 16, 2009

.:hARi GurU pArT 3:.

Budak kelas aku (KPLI-KS)

Pada hari ni, seluruh Malaysia menyambut 'Hari Guru'.. Hari yang memperingati jasa seorang guru...Insan yang telah mendidik kita.. Semalam, khutbah Jumaat pun pasal 'Hari Guru'.. Semua org pasti ada guru yang mengajar.. Klu dulu, sblm pnddkan formal, guru-guru adalah di sekolah pondok yg kita kenali guru pada masa itu hanya mengajar ilmu-ilmu keagamaan... Ada juga, guru silat...Namun, selepas pendidikan formal ini wujud, sistem pembelajaran yang ada adalah lebih tersusun serta teratur.. N sekarang ni, semua rakyat Malaysia wajib mendapatkan pendidikan di sekolah semenjak berumur 7 tahun. Mak bapak yg x hantar ank mereka ble dah ckup 7 tahun, boleh di kenakan tindakan undang-undang...

Berbalik kepada sambulan 'Hari Guru', di IPTHO, sambutannya adalah secara sederhana, tetapi meriah...Terima kasih kepada pengelola majlis hari guru ni.. Seperti biasa, majlis sambutan di mulakan dgn membacakan amanat daripada Ketua Pengarah KPM dan Menteri KPM. Dan setrusnya acara sukaneka...Kali ni, aku amik bahagian dlm tarik tali....Pehhh...meletihkan...Ape2 pn, seronok...Group KPLI dpt naib johan...Yg pnting seronok...

"Selamat Hari Guru" Buat guru-guru di seluruh Malaysia, rakan-rakan aku; Cikgu Azizi kat Sarawak, Cikgu Ellif kat Johor, Cikgu Shima kat KL, Cikgu Izzar kat Selangor, Cikgu Syawal kat Johor, Cikgu Zaharah kat Johor, semua kawan-kawan aku lah (Sori, xdpt nk tlis smuanya...ramai sgt).. ADIOS

.:hARi GurU pArT 2:.

Bersempena 'Hari Guru' yang jatuh pada hari ini, aku nak ucapkan "Selamat Hari Guru" teristimewa buat abang-abang serta kakak-kakak ku... Sebenarnya, mereka lah yang telah menjadi sumber inspirasi aku dalam menempuhi hidup sebagai pendidik anak bangsa. Semoga segala pengorbanan yang telah mereka lakukan demi anak bangsa akan mendapat ganjaran dari-Nya.. Semoga cikgu-cikgu dapat meneruskan usaha dalam bidang ini..

Tidak dilupakan kepada guru-guru aku yg telah bnyak memberi tunjuk ajar kepada aku, terima kasih cikgu.. jasa cikgu tidak akan dapat saya bayar...

Tabika Kemas AT3 -1990
SK Muzaffar Syah - 1991-1996
SMK Air Tawar - 1997-2001
SMK Tun Habab - 2002-2003
UMT (Jbtn Ekologi Sosial) - 2004-2007
IPTHO - 2009

Terima kasih warga pendidik sekalian..Tanpa guru, siapalah kita semua.. Kerana guru lah yang membuatkan kita kenal huruf, dapat mengeja, dapat membaca dan dapat mengira... Tanpa asas itu, aku sendiri tidak tahu, dimana kedudukanku agaknya.. Ku hulurkan salam penghargaan

"SELAMAT HARI GURU"

Friday, May 15, 2009

.:hARi GurU pArT 1:.

Esok merupakan hari yang sangat bermakna bagi sekalian guru iaitu sambutan "HARI GURU" yang jatuh pada tanggal 16 Mei pada setiap tahun. Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Disini saya sertakan lagu keramat guru iaitu 'Guru Malaysia', lagu tema tahun 2009- 'Guru Pembina Negara Bangsa', dan 'Ikrar Guru'...


GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Download


GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar bakti kucurah

Demimu ibu pertiwi
Sumpah kulafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulnizam bin Khalid
Penulis lirik : Ili Nurbahirah binti Baharudin
Gubahan : Mazuki bin Tambi dan Nazri bin Ishak

Download


IKRAR GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.


Monday, May 11, 2009

.: SeLamAT HarI Ibu:.

Seperti yang semua sedia maklum...semalam mrupakan hari Ibu... Tidak seperti kebanyakkan orang yang dpt mnymbut hari ibu bersama ibu mereka...aku berada di perantauan...Hanya ucapan melalui telefon dapat aku sampaikan buat Emak..
Untuk Mu Ibu
Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian
Dan akuBagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan
Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati
Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi
( 1 )
Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu
( 2 )
Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doaUntukmu ibu
( 3 )
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu
Saat iniKuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu
( ulang 1, 2, 3 )
Ibu...

Thursday, May 7, 2009

.:Jalinan Kasih:.

Ni aku gunakan teknik Photoshop je....(baru tunang,xleh lebih2 k)


Alhamdullilah, Setelah sekian lama perhubungan ini, kami telah sampai ke satu tahap....Iaitu pertunangan...Syukur semuanya telah berjalan lancar seperti yang telah kami dan keluarga kami rancangkan...Semoga, 'Jalinan Kasih' ini akan dapat kami tempuhi bersama dan seterusnya berjaya didalam usaha membina 'Mahligai Cinta' kami...

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :
"Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam,
bukan
dari kepalanya untuk menjadi atasnya,
bukan dari kakinya
untuk menjadi alasnya,
malah dari sisinya untuk menjadi teman
hidupnya,
dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat
di hatinya untuk dicintai"

Tuesday, May 5, 2009

.:My Story: PEnTauLiaHaN:.

Sprti yg d jnjikan..wlupn dah agak basi benda nie, tp aku nk share jgk.. Ni psal perkhemahan d gunung Pulai tu...Pkhemahan Pngakap..Pic wogule nie mmbuktikan aku dah di iktiraf sbg Pen.pemimpin Pngakap...dulu, aku tgk je org pakai (cikgu-cikgu aku), tp skrg nie, aku dah blh pkai dah..hehehe..

Pkhemahan nie melibatkan Pngakap bhg selatan (IPGM- IPTHO, IPPM, IPRM & IPTI).. yg dah d laksanakan dgn jayanye d Kem Kaizen, Gunung Pulai. Sepanjang aktiviti kat cni (4ari 3mlm), smuanye bjln lncar...Aku rase ni lah pkhemahan yg relax sekali prnah aku ikuti.. Tp ujian dia, ckup mncbr..klu x prepare awal, blh kcundang...Anyway, thnx 4 all Pngakap mmber yg same2 tlh bkhemah... Ade mase, blh la kt smua bkhemah lg..heeheh..ADIOS
Ni Bdk Group Aku...
(dr kiri: Hamzah, Arul, Bobo, Pejal,Aku, Fred, Ajie, Piee)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...