Thursday, October 22, 2009

.:KeTabHaN MEnerUSKaN LanGKAH:.


Alhamdullilah... syukur kerana aku dapat melalui temuduga hari ni dapat berjalan dengan lancar sekali... Ini merupakan temuduga bagi perjawatan tetap sebagai guru.. walaupun aku terpakse menunggu sejak awal lagi lebih krg kul 7.15 pagi lagi sehingga selesai di temuduga lebih kurang jam 1.00 tghari.


Aku sgt risau dgn temuduga nie...tp yg aku plik skit, degupan jantung aku stabil sangat.. Tak mcm sblm2 nie.. aku prasan bnda nie sejak aku intrvw nk msuk KPLI lg...n bnda tu sekali lagi hadir dalam diri aku..

Tp syukur sangat dapat aku lalui dengan tenang.. Walaupun kesihatan aku sedikit terganggu, namun ianya tidak sedikitpun mematahkan semangat aku untuk buat yang terbaik..Aku berharap supaya aku lulus interview ari nie...n akan di lantik scepat mukin...

Terima kasih buat insan-insan tersayang yang telah mendoakan kejayaan aku (mak abah, bkl mak abh, meamor n family) serta kawn2 lain.. Doa andalah yang memberikan kekuatan untuk diri ini...

"Ya Allah, sesungguhnya aku ini insan yang lemah..Hanya kepadamulah aku bermohon agar kau kurniakan aku kudrat untuk aku terus melalui hari-hari mendatang.. kau luluskanlah ku dalam temuduga ini...Amin.."

Friday, October 16, 2009

.: MeNDebArKAn:.

Semalam aku dpt brite dr kawn2 aku yg ari nie (jumaat) akn kluar kptsn posting...So, dr smlm aku asyik pikie jr...kat mane la agknye aku akn dtmptkan...

So, ni alu bru lps check..masih xdpt tau lg...mmmm... myb blm kluar or mgkin utk posting lain2 kot..bderau je drah coz dia tlis, "TIADA DI DALAM REKOD"...buat tkejut je...tp kat web tu, ada jgk tlis 28 oktober... Adakah 28 Oktober bru akan kluar?? Ntah la...ape2 nnti aku akn sntiasa pntau..huhhuu..sngt mndebarkan..

Thursday, October 8, 2009

=> Lagu Nur Kasih <=


Nurkasih - Yasin Sulaiman
(OST Nur Kasih)

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Melayarkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih

Download

Tuesday, October 6, 2009

.:GaMBaR KeNangan:.

Ni bebudak yg aku ajar n berjaya mewakili Daerah Kluang dlm ptndingan silat ke peringkat Negeri Johor
(dari kiri; Ust Rahman, Danial, Kaza, Firdaus, n aku)


Atas ni semua gambar bdk2 5B

Ni gmbar2 bdk2 5E

.:OpEN HouSE:.


Start dri minggu lepas, aku banyk la g rumah terbuka...rumah terbuka sempena Aidilfitri... semua rumah yg aku g ni semuanya classmate aku.. Mereka-mereka ni semuanya dduk kat Batu Pahat, so, x best la klu x d serang oleh konco2 aku..hehehe..Ape pun terima kasih buat teman-teman yang telah "membuka" rumah mereka untuk kita orang datang...Lain kali, buat la makan2..sempena ape2 raye lah...Nak eratkan silatullrahim kan... xde salahnya...
Dalam kegembiraan, kita jangan lupa pd insan2 yg x bernasib baik seperti kita.. esp warga negara jiran kita yang sekarang ni di landa musibah...kita perlu muhasabah diri kita...negara kita dah 'sipi-sipi' ngn gegaran.."Renung-renungkan lah..."

Saturday, October 3, 2009

.:RenUngaN: IbArAT PUasa SEtaHUn:.

Puasa Enam Mendapat Ganjaran Sepanjang Tahun


Adalah menjadi lumrah bagi kebanyakan umat Islam untukmenggiatkan aktiviti ibadah pada sepanjang bulanRamadan. Ini adalah kerana pada bulan yang penuhberkat ini Allah 'Azza wa Jalla membuka pintu langitdengan seluas-luasnya untuk menurunkan limpahanrahmat-Nya kepada sekalian hamba-hamba-Nya. Pada bulanyang mulia ini juga segala amalan-amalan berbentukketaatan kepada-Nya akan naik secara terus kepada-Nya.Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

Apabila masuk bulan Ramadan, maka pintu-pintu langitdibuka…

Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalamShahihnya, no: 1899

Namun demikian apabila Syawal menjelma terdapat ramai umat Islam yang mula lalai serta alpa dalam mengerjakan ibadah. Syawal di lihat seperti bulan untuk berehat dari melakukan amal-amal soleh dan digantikan dengan pesta pembaziran, pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita, memakai pakain yang tidak mengikut spesifikasi syari’at, temasya menonton rancangan televisyen yang berunsur hedonis dan lain-lain lagi. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana pada bulan Ramadan umat Islam seolah-olah berada di dalam sebuah institusi latihan untuk membentuk insan yang bertaqwa dan setelah tamat latihan tersebut ia sepatutnya dapat membantu seseorang untuk mengekalkan ketaqwaan tersebut pada baki sebelas bulan lagi.

Justeru itu seluruh umat Islam sewajarnya mengekalkan peningkatan dalam tahap mengerjakan amal ibadah padabulan Syawal dan bulan-bulan yang lain. Di antara bukti bahawa Ramadan telah berjaya membentukkeperibadian yang tinggi terhadap seseorang dalammenjadi insan yang bertaqwa adalah dengan mengerjakan puasa sunat Syawal atau lebih dikenali dengan puasa enam bagi masyarakat kita. Dalil disyari’atkan ibadah puasa sunat Syawal adalah sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan laludiiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal,maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang masa.

Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, no: 1164

Menerusi hadis di atas dapat kita fahami bahawakeutamaan puasa sunat pada bulan Syawal adalahseolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun. Menurut Syaikh ‘Abdullah al-Bassam:

Barangsiapa berpuasa enam hari pada bulan Syawalsetelah Ramadan maka seakan-akan dia berpuasa fardusetahun. Ini adalah kerana satu kebaikan di balas dengan sepuluh kali ganda sepertinya. Puasa pada bulan Ramadan dibalas dengan ganjaran bersamaan sepuluh bulan (iaitu bersamaan dengan 300 hari), puasa enam hari (pada bulan Syawal) pula mendapat ganjaran sebanyak dua bulan (iaitu bersamaan dengan 60 hari),yang demikian itu menjadi sunah yang sempurna, maka tercapailah pahala beribadah setahun tanpa kesulitan sebagai kurnia daripada Allah dan nikmat ke atashamba-Nya.

Taudhih al-Ahkam min Bulughul Maraam,jilid 3, ms. 576, Pustaka Azzam.

Cara yang paling utama untuk melaksanakannya adalahmemulakan berpuasa sesudah Hari Raya Aidilfitri secara langsung (iaitu pada tarikh 2 Syawal), berturut-turut sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulamak. Ini jugamerupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam al-Syafi’i. Namun begitu seseorang juga bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahan mahupun akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut mahupun berpisah-pisah.

Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qadha dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan bidaah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi shallallahu 'alaihiwasallam yang sabit. Apa yang lebih utama adalah menyempurnakan puasa bulan Ramadan terlebih dahulu yakni dengan menggantikan puasa-puasa yang tertinggal kemudian baru dikerjakan puasa sunat Syawal. Ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaanya iaitu seolah-olah berpuasa sepanjangtahun. Oleh itu janganlah ketinggalan dari menunaikan puasa sunat enam hari di bulan Syawal ini.

Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

(Artikel ini diringkaskan dari buku MENYAMBUT RAMADAN & AIDILFITRI MENURUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W. terbitan Karya Bestari)

copy dari: http://www.islamgrid.my/articles/ibadah/puasa_enam.php

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...