Monday, October 31, 2011

.: Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu? :.


"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.... itu Kaabah at...au nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?" ...

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak....."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah...... selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. Walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."


Credit to: Sesiapa yg share benda ni

Thursday, October 13, 2011

Ulang bulan ke 87....iliamoraum..Bersama selamanya


Tarikh hari ni 13 Oktober 2011... Ini bermakna sudah 87 bulan aku mengenali hati budi seorang wanita yang kini menjadi isteriku... Dan lebih bermakna lagi, minggu hadapan kami akan menyambut ulang tahun pertama putera sulung kami...
Alhamdullilah, segala cabaran yang kami hadapi semasa mengenali hati budi masing-masing ternyata telah mematangkan diri kami.. Semoga hubungan ini akan terus mekar mewangi hingga ke akhir hayat kami..Aminn..

Matlamat Hidup Manusia


Saban hari saya melihat masyarakat di sekeliling saya mempunyai banyak masalah sosial, masalah keperibadian dan masalah jiwa serta agama manakala saya pula berada di pejabat sibuk menyelesaikan masalah teknikal di negara orang lain. Jadi terdetik rasa bersalah.

" Kenapa saya tidak boleh melakukan sesuatu untuk merubah? "

Pernah saya terfikir untuk menjadi artis kerana saya rasa saya boleh menyanyi. Dengan menyanyi itu saya boleh mendekati masyarakat untuk menterbalikkan cara pemikiran mereka tetapi saya tidak berani untuk melangkah ke mana-mana ujibakat. Lalu saya memilih untuk menulis saja memandangkan penulisan bukan bidang saya maka saya menulis sekadarnya dengan harapan orang memahami maksud penulisan saya.

Itu objektif penulisan saya ini iaitu menyampaikan rasa hati. Semua benda mempunyai tujuan kewujudannya hatta seekor semut sekalipun. Apatah lagi perkara paling besar untuk setiap manusia iaitu kehidupan. Objektif hidup kita dan objektif tulisan ini bukan secara kebetulan adalah sama dan serupa.

Oleh kerana kehidupan kita bukan kehendak kita, bukan pilihan kita, bukan perancangan kita tetapi perancangan Tuhan maka objektif kehidupan kita ditentukan bukan oleh kita sendiri tetapi ditentukan oleh penciptanya iaitu Tuhan. Namun, tidak sukar untuk mengetahuinya kerana Tuhan telah meletakkan objektifnya di dalam diri kita hanya tinggal untuk diri kita mencarinya.

Objektif hidupsetiap manusia adalah sama. Matlamatnya bukan untuk beribadat, bukan untuk Tuhan, bukan untuk pahala, bukan untuk syurga tetapi untuk bergembira. Saya tahu saya kedengaran menyalahi agama namun jangan cepat menghukum saya kerana saya pasti akan terangkan semua perkara ini.

Ya, Tuhan mencipta seluruh penciptaannya agar manusia itu BERGEMBIRA.

Seorang muslim berkata kepada saya ;

" Hidup dan mati muslim adalah untuk Allah. Bukan untuk bergembira berseronok sampai lalai daripada menunaikan ibadat. "

Begitulah kata ‘sahabat' saya itu.

" Oh, solat itu tidak menggembirakan rupanya? "

Dahulu kita sering diajar oleh para motivator untuk memiliki cita-cita, iaitu objektif hidup. Terdapat pelbagai cita-cita di dalam setiap fikiran berdasarkan latar belakang masing-masing. Kebanyakan pelajar, cita-citanya yang wujud dalam bentuk pekerjaan seperti doktor, guru, perdana menteri kerana seringkali cita-cita dikaitkan dengan profesion. Orang dewasa pula, cita-citanya mungkin untuk memiliki tiga buah banglo, menunaikan haji, memiliki isteri atau suami dan memiliki pernigaan menguntungkan.

Saya rasa selepas ini saya perlu ke rumah orang-orang tua pula untuk bertanyakan cita-cita mereka. Pasti menarik. Walaupun berbeza semua cita-cita itu sebenarnya ialah jambatan-jambatan kepada satu perkara yang sama. Ya, kebahagiaan. Lebih tepat lagi, kebahagiaan itu memberikan rasa apa? Rasa gembira.

Berbalik kepada perkara yang 'sahabat' saya katakan tadi.

" Kalau hidup dan mati awak kerana Allah, tidakkah ini membenarkan saya bahawa objektif hidup ini ditentukan Allah? Kalau objektif ini ditentukan oleh Allah, bermakna Allah bukan objektif hidup kita. Tak cukup rasional? Kalau objektif hidup manusia untuk Allah, tidakkah itu bermakna Allah berkehendakkan sesuatu daripada manusia? Bukankah itu sudah menyalahi sifat-sifatNya? "

Maka lebih tepat untuk kita katakan hidup ini untuk beribadah. Diciptakan manusia itu untuk beribadah. Di sini perkataan ‘ibadah' itu pula mempunyai definisi yang luas. Bukan semata-mata ibadah khusus tetapi setiap perbuatan atau amalan muslim adalah ibadah.

" Jadi sekiranya ibadah itu luas pengertiannya maka di mana hadnya? "

" Sudah tentu perbuatan jahat atau mungkar bukan lagi ibadah, kan? "

" Atau bolehkah kalau saya katakan, semua perkara yang muslim lakukan untuk menyenangkan hatinya (bergembira) dan juga menyenangkan hati (menggembirakan) muslim-muslim yang lain adalah ibadah? "

" Makan untuk menyenangkan perut sendiri dan mendapatkan tenaga untuk membantu muslim lain adalah ibadah. Berkerja untuk menyara diri dan keluarga dan memberi tenaga kerja untuk muslim lain adalah ibadah. Solat untuk menenangkan hati sendiri agar dapat menenangkan pula hati muslim lain semasa muamalat harian adalah ibadah. Nahi mungkar (melarang perkara yang menyakiti orang lain), amar makruf (menggembirakan orang dan menyuruh orang menggembirakan orang lain) adalah ibadah. Bukankah ibadah-badah ini yang akan menjadikan bumi ini syurga yang dipenuhi senyuman, gelak ketawa, ketenangan, persahabatan, keharmonian, kasih sayang, cinta dan ruh-ruh syurgawi? "

Inilah pendapat saya. Tuhan mahukan sesuatu yang sesuai dengan penciptaanNya yang cantik, indah dan sempurna.

Maka ibadah itu bukan objektif tetapi ianya adalah cara-cara untuk mencapai objektif akhir iaitu kegembiraan atau kebahagiaan kepada semua.

Ada juga muslim berkata dengan penuh semangat ;

" Hidup saya untuk berjihad di jalan Allah, untuk menghapuskan semua kafir laknatullah. "

" Apakah yang lebih buruk daripada seorang muslim munafik, hidup dengan nafsu amarah dan minda tertutup berjaya menakluk sebuah negara bukan Islam yang hidup aman damai dengan nilai-nilai kemanusiaan, sivik, moral dan keilmuan yang tinggi? "

" Saudara, jihadlah untuk diri sendiri dahulu, dan ketahuilah tujuan jihad untuk menyebarkan rahmat, bukan agama. "

" Saya yakin pasti ada yang terperanjat. Bukankah dakwah Rasulullah menyebarkan agama? Agama Islam? ".

Dakwah Rasulullah menyebarkan rahmat, keamanan, ketamadunan dan ilmu yang tinggi, bukan Islam. Kerana itu di Madinah ketika di bawah pemerintah Rasulullah masih ada kaum Yahudi, masih ada penganut Kristian, ahli-ahli kitab dan agama-agama lain.

Fahami maksud saya, dakwah kita (muslim) untuk menyebarkan objektif kehidupan tuntutan Tuhan iaitu Dia mahukan makhluk-makhlukNya hidup gembira (rahmatan lil ‘alamiin). Dan untuk tujuan itu, kita mencadangkan caraNya yang diredhai Allah yakni Islam. Rasulullah tidak pernah memaksa penduduk bumi memeluk Islamkerana baginda menghormati hak setiap individu, supaya tindakan yang timbul itu datang daripada hati dan bukannya bukan paksaan.

" Tiada paksaan di dalam beragama, bukan? "

" Namun, sekiranya seorang penduduk Madinah mencuri, Rasulullah akan menghukumnya tanpa mengira agama tetapi kerana perbuatan mencuri itu adalah kezaliman. Tidakkah ini jelas? "

Sebarkan kegembiraan dan sesuaikan dengan kepercayaan saudara, berhujahlah, cadanglah cara-caranya iaitu Islam. Benar, Islam itu adalah cara atau prinsip bukan tujuan hidup.

" Kenapa perlu ada agama? Untuk apa Islam ini? "

Sudah jelas kalau saya mahu hidup gembira, jiran saya juga mahukan kegembiraan, keluarga saya, rakyat-rakyat di negara saya, malah semua mahu gembira. Tidak pernah ada manusia mahu hidup yang berduka.

Kalaulah satu kegembiraan itu umpama seketul emas, adakah anda ;

A. sanggup untuk membahagikannya atau;
B. mengambil ketul emas itu untuk awak seorang?

Adanya agama, atau mana-mana agama adalah untuk memastikan semua manusia memilih jawapan A. Tuhan mahu kita membahagi-bahagikannya kerana Tuhan tidak pilih kasih, Tuhan maha adil, maka ya, kita kena bahagi-bahagikan kegembiraan kita dengan semua kerana itulah Tuhan memberikan agama iaitu cara-cara atau lunas-lunas untuk hidup dengan betul.

Akan tetapi, dengan hukum feqahnya, tasawwufnya, tauhidnya, hukum syariahnya, malah dengan perbahasan-perbahasan yang kompleks itu agama Islam seringkali tampak menyusahkan dan bukannya lagi menggembirakan di mata anak muda sekarang.

Semakin berkembang penglibatan anda di dalam muamalat semakin berkembanglah ke'kompleks'an agama itu untuk anda kerana anda perlu menganggarkan kegembiraan ramai manusia yang lain-lain kehendak hatinya.

Rumusan di sini, laraskan kembali tujuan hidup. Hidup ini untuk bergembira. Dunia ini diciptakan sebegini indah untuk anda menikmatinya. Maka, gembirakan diri anda. Pada masa yang sama jangan biarkan kehendak anda untuk bergembira meragut kegembiraan orang lain yang mempunyai perasaan sama seperti anda. Maka cubalah hidup berdisiplin dengan disiplin yang menggembirakan iaitu Islam.

Akhlak paling mulia seorang manusia ialah, kegembiraan saudara-saudaranya diletakkan di hadapan kegembiraan sendiri. Aajaibnya seorang hamba Allah yang beriman ini, dengan menyaksikan orang lain bergembira, dia akan gembira. Andai dia mengetahui saudaranya berduka, dia akan lebih berduka dan berusaha untuk menghapuskan duka saudaranya itu walaupun dia terpaksa bergadai nyawa. Oleh kerana hatinya amat dekat dengan Tuhan, dalam perjuangan membela saudaranya itu, dia sebenarnya sedang bergembira dengan kegembiraan yang sukar difahami oleh orang kebanyakan.

Orang Islam pasti tahu siapa yang saya maksudkan. Ya, Rasulullah pejuang keadilan. Baginda sanggup bergadai nyawa untuk menghapuskan kebatilan. Baginda jelas sekali mahu melihat semua manusia tidak kira siapa bahagia dan gembira. Meskipun perjuangan baginda dipenuhi ranjau duka, Rasulullah adalah insan yang paling banyak dan paling manis senyumannya. 

Sumber: http://www.iluvislam.com/tazkirah.html

Thursday, August 25, 2011

Salam Lebaran


Sekejap je rasenye mase berlalu.. kini dah berada di penghujung bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan.... Tidak begitu terasa dengan pemergian bulan yang penuh dengan keberkatan ini...
Hari ini telah masuk 25 Ramadhan (25 Ogos)... Dan jika di ikutkan pengiraan falak, tahun ini akan berpuasa selama 29 hari sahaja.. Ini bermakna tinggal 4 hari sahaja lagi sebelum kita semua menyambut hari raya Aidilfitri...
Hari Raya Aidilfitri merupakan hari kemenangan bagi mereka yang telah menempuh bulan Ramadhan dengan sempurna... Yang mana pada bulan ini di harap kita dapat meneruskan lagi semangat kita untuk terus beribadat kepada Allah... Maklumlah, kalau hari biasa, mereka yang merokok akan berhenti merokok pada waktu siang.. Dan jika boleh, teruskanlah usaha untuk berhenti merokok... Manakala kita kebiasaannya akan menunaikan solat tarawih di masjid... jadi selepas bulan Ramadhan, kita bolehlah membiasakan diri untuk solat berjemaah di masjid.... Inilah baru di katakan Bulan Ramadhan sebagai bulan yang mentarbiahkan kita... Menjadikan kita semua terdidik.. Insya-Allah....
Dikesempaan ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri... Saya dan keluarga dengan rendah hati memohon kemaafan seandainya diri ini dan ahli keluarga saya ada melakukan kesilapan dan kesalahan yang tidak sedap di pandang, tidak sedap di dengar, terambil, terpinjam, termakan, terminum, terumpat, terkutuk dan bermacam-macam kesalahan 'ter' dan yang sengaja... Semoga di lebaran ini kita kembalikan ukhwah antara kita... Memandu berhati-hati ketika berhari raya..

Monday, August 15, 2011

.: Eg-tukar :.


Hari ni dah pertengahan bulan puasa dah... maknanya, malm nie, tarawih, witirnya ada doa Qunut la kn... Cepat betul masa berlalu... Dah nak menyambut lebaran dah... Anyway, walau apepun, sebelum lebaran bakal menanti, debaran yang akan hadir dulu... Apa xnye, permohonan pertukaran akan di buka 1 Sept ni.. But, skrg ni dah kene la update data-data or maklumat yg sedia ada... Harap sgt ada rezeki untuk bertukar ujung thun nie.. Dah kat 2 tahun dduk berjauhan ngn fmily...ank aku pn dah nk masuk genap 1 tahun bln 10 nie.. Yang penting, sekarang ni aku kene usaha, lepas tu doa & bertawakal... Kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita... "Allah Maha Pengasih, Lagi Maha Mengetahui"


Thursday, August 11, 2011

.: Zakat Fitrah :.

Teks Lafaz IJAB dan Qabul bagi zakat fitrah
 

1.         NIAT ZAKAT FITRAH SEORANG DIRI


Lafaz Ijab bagi pembayar zakat :

“INI ZAKAT FITRAH SAYA YANG WAJIB BAGI DIRI SAYA PADA TAHUN INI SEBANYAK RM …………KERANA ALLAH  TA’ALA”


Lafaz Qabul bagi penerima zakat/Amil

“SAYA TERIMA ZAKAT YANG WAJIB BAGI DIRI TUAN PADA TAHUN INI SEBANYAK RM..................... KERANA ALLAH TA’ALA”.



2.         NIAT ZAKAT FITRAH BERKELUARGA


Lafaz Ijab bagi pembayar zakat :

“INI ZAKAT FITRAH SAYA DAN TANGGUNGAN SAYA SERAMAI ….. ORANG YANG WAJIB BAGI DIRI SAYA PADA TAHUN INI SEBANYAK RM.................... KERANA ALLAH TA’ALA.


Lafaz Qabul bagi penerima zakat/Amil :

“SAYA TERIMA ZAKAT TUAN DAN TANGGUNGAN TUAN SERAMAI ….. ORANG YANG WAJIB BAGI DIRI TUAN PADA TAHUN INI SEBANYAK RM.................... KERANA ALLAH TA’ALA.




3.                  NIAT ZAKAT FITRAH BERWAKIL


Lafaz Ijab bagi pembayar zakat/wakil :


“INI ZAKAT FITRAH …........ (SEBUT NAMA ORANG YANG BERWAKIL) DAN TANGGUNGANNYA * SERAMAI ….........…. ORANG YANG WAJIB BAGI DIRINYA PADA TAHUN INI SEBANYAK RM.............................. YANG BERWAKIL KEPADA SAYA KERANA ALLAH TA’ALA”.


Lafaz Qabul bagi penerima zakat/Amil :


“SAYA TERIMA ZAKAT ….. (SEBUT NAMA ORANG YANG BERWAKIL) YANG TELAH BERWAKIL KEPADA TUAN DAN TANGGUNGANNYA SERAMAI …. ORANG YANG WAJIB BAGI DIRINYA PADA TAHUN INI SEBANYAK RM............................ KERANA ALLAH TA’ALA”.

Tuesday, August 9, 2011

.: Resipi: Mee Kari :.

Bulan Ramadhan ni, semua tegok pon sedap je rasenye.... Ni tgh buat kerje, sempatlah search utk ape nk d buat bukak pose nnti... Tetibe je ada web AlongRoz@HomeKreation... Ni resipi dia... tak tau la aku reti x nk buat....huhuu

Hidangan 5 orang
BAHAN2:
1 bj Bwg Besar*

4 ulas Bwg Putih*

1/2" Halia* (* blend)

Rempah Tumis (Kulit Kayu, Pelaga, Bg Lwg, Cengkih)

2 sb Cili Mesin

2 sb Serbuk Kari

1/2 ekor AYam - potong

1/2
tin Susu Cair Evaporate
1/2 periuk Air
2 bj Kentang - rebus & lecek
1 Kiub Ayam Maggee

Fish Cakes/Balls

1 kpg Tahu
Garam
1 kg Mee Kuning**

Taugeh** (** blanched)
Bhn Tabur - Limau, Cili & Bwg Goreng

CARA2:

1. Panaskan minyak & tumis rempah & cili mesin sehingga wangi.

Masukkan kari, bhn blend & kacau lagi sehingga wangi.

Masukkan ayam & masak sehingga sebati.
Masukkan susu, kentang lecek, air, kiub ayam & kacau sehingga mendidih.

Masukkan fish cake/balls, tahu & garam.

2. Hidangkan mee dgn kuah, taugeh & bhn tabur.
Enjoy!

Thursday, August 4, 2011

.: Bijak-bijak :.

video

Alhamdulillah...semakin membesar dah permata hati ku ini...Dah pandai macam2...sekarang ni, dah mula nk berjalan... Insya-Allah, raye nanti dah boleh jalan kot.. Setiap kali jumpe, ada je perkembangan baru... maklumlah, seminggu sekli je dpt jmpe.. N aku sndiri pn xtau, ape agaknye dlm fikiran ank aku... Ye la, ujung minggu je dpt jmpe aku... Hari2 biase, dia hanya ada Mama dia, atuk, nenek n uncle dia...
Harap sangat inilah Ramadhan terakhir aku dok jauh ngn anak n isteri aku... Semoga semuanya akan lancar... Sentiasa di duga dn di uji... Sesungguhnya berat yg menanggung ini...

Friday, July 29, 2011

.: Salam Ramadhan :.



Salam Ramadhan buat keluargaku, sahabat2ku serta muslimin dan muslimat seluruh dunia... Dah dekat dah kita pada bulan yg penuh rahmat ni... bulan Umat Islam... Jadi, kita perlulah bersama-sama muhasabah diri kita bagi meningkatkan lagi amalan kita pada bulan Ramadhan nanti...

 Tadi khutbah jumaat pn mengigatkan kita tentang kedatangan bulan ramadhan.. ape yg perlu kita buat sebelum memasuki bulan Ramadhan, semasa menjalani ibadah puasa dan pelbagai2 lg ingatan... Semoga kita semua akan dapat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini dengan lebih baik dari tahun2 sebelum ni..Dan segala amalan kita di terima Allah S.W.T...Aminn..

p/s: Jangan lupe bayar zakat fitrah...
( Tahun ni aku tambah sorang lagi..tahun lepas byr utk 2 org je..alhamdullilah rezeki bertambah)
sumber video :

Tuesday, July 26, 2011

.: Minggu Peperiksaan :.

Minggu peperiksaan...Tp bukan aku yang periksa... Tp ank2 murid aku yg pekse.. Tugas aku utk minggu nie adalah untuk menanda kertas pekse...

Thursday, July 21, 2011

.; Keletihan :.


Aku sendiri x tau nape ngn aku..... adakh ini sntom2 kemalasan diri atau ape... Minggu nie, aku rase lesu sgt... nk tido je rasenye... Tp mslhnye, dh tdo, rase xnk bngun2...Mmmmm...xtau la nape.... mungkin 'semangat' hilang kot....

Wednesday, July 20, 2011

Ku Merinduimu


video

video

Mmm...
Nak mengeluh pun xde maknenye...ape taknye... ini lah suratan yang terpakse di tempuh... hanya video, gambar or paling kuat 3G je yang mmpu untuk mengubat sekelumit rindu di hati... Bile semua ni akan berakhir???  Jawapannya...Hanya Allah yang tahu...

Monday, July 18, 2011

Ulang bulan ke-9

Alhamdullilah...
Hari nie, 18 Julai 2011 merupakan hari genapnya umur Ziyad 9 bulan...Dah besar dah anak papa...Di dalam kegembiraan ni, trselit rase sedih di hati ini... Ape taknye, ketika 9 bulan dalam kndungan tak dapat merasai ksih syg dari papa dia setiap hari...Kini, dah 9 bulan mmbesar pun masih lagi tidak dapat merasainya...

Sungguh mencabar dan perit menerima hakikat ini... Selama ni, aku x pernah lupa untuk berdoa ke atas-Nya agar aku dapat menempuhi hari-hari mendatang bersama anak-anak dan isteriku di sisiku setiap hari...

"Ya Allah, aku bersyukur kerana di kurniakan anak dan isteri yang menyayangiku... Namun hati ini sangat perit untuk menerima dugaan-Mu ini... Kau satukan lah kami semula... sepertimana Engkau satukan Adam dan Hawa yang terpisah itu... Sepertimana Engkau satukan kembali Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan isterinya Siti Hajar...Ya Allah, aku hamba yang lemah..sesungguh-Nya Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...Amin"

Wednesday, June 29, 2011

Saje nk tunjuk...



Ni nak tunjuk kat murid2 tentang penggunaan e-mail...n tunjukkan sekali cara nk upload gambar pada blog....



nk dedahkan murid2 tentang teknologi.....

Tuesday, June 28, 2011

Menyendiri...

Setelah sekian lama aku x update log ni....
maklumlah aku kini menyepikan diri buat seketika..
bukan merajuk..tetapi, xtau ape yg nk share kat sini..
kerana banyak yg terbuku di hati...
Semoga apa yang terbuku di hati ini akan mampu aku luahkan pada suatu ketika nanti...
ketika yg xtau bile...
Masa yg akan menentukannya...

Monday, February 7, 2011

.: Cuti-cuti..n jalan-jalan :.

Alhamdullilah...segala yang di rancang nampaknya berjalan dengan lancar... ari ni hari 1st persekolahan setelah cuti seminggu..
Dalam cuti ni, aku g bercuti ke pantai timur (terengganu n Kelantan).. ke sana bukan bercuti semata-mata, tetapi nk g kenduri kawin..

3 Feb 2011
- Perjalanan ke Terengganu bermula seawal 3 pagi..ini bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas yang semua sedia maklum, kalu nak ke pantai timur waktu cuti panjang, memang akan sesak... so untuk mengelakkan kesesakan, memulakan perjalanan awal pagi...
Sampi T'ganu dalam jam 11 pg... penginapan aku adalah di rumah tumpangan... selesa sangat..

D T'ganu, x tinggalkan peluang bjln2 di Bazar Warisan utk cuci mata...n beli la skit buah tangan...iaitu batik..

ke Bazar warisan tu belah petang...mlm pulak kt org g la mkn kat pantai M'gabang telipot.. kat NR cafe...makan mcm2.. ada siakap msk stim, daing msk merah, telor bungkus, tom yam, n nasi putih... tp nk mkn kerabu mangga, xde la pulak...mmm...ape2 pun, aku puas hati ngn msakan dia...cma lmbat skit srvis dia...mkn 10 orang..mmg berbaloi...

4 Feb 2011
-Pepagi lg aku dah keluar g cri nasi kerabu ayam panggang...terkenang kenangan lalu...maklumlah, tempat aku selalu sarapan mase belajo dulu... N tak lepas pelung bwk ank aku tgk la pantai Tok Jembal...walaupun dia x paham ape2 pn lg... yg pastinya, kat sana banyak berlaku perubahan... makin cantik..tp skrg dah xleh andi mcm dulu... kalu dulu, ptg2, msti ade je bdk2 yg g mndi-manda...
-Lepas solat jumaat, g la kanduri kawin n teruskan pjlanan ke Kota Bahru...

Monday, January 24, 2011

Ulang Tahun Perkahwinan

Tup..tap..tup..tap...(mcm ujan pulak..heehe) lagi beberapa hari lagi aku akan menyambut ulang tahun perkahwinanku (ulang tahun jalinan kasih iliamoraum...trade mark) yang pertama.. N secara tidak langsung genaplah setahun jugak aku perlu berjauhan dengan isteri... Di tambah pulak sekarang ni aku perlu berjauhan jugak ngn ankku.. Mencabar betul..banyak dugaannya..

Dah setahun nie, aku masih tak tau bile lagi aku akan dapat bersama keluarga aku setiap hari.. Kini aku hanya menanti dan terus menanti... Aku harap di hujung perjalanan yg penuh onak dan duri serta dugaan ini terdapatnya cahaya.. Aku tahu, selagi kita di duga, selagi itulah Allah sayang kat kite.. Kerana Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita.. N semestinya, khidmat aku untuk ank bangsa di sini masih lagi di perlukan...

Berbalik kepada ulang tahun perkahwinan ini, aku masih lagi tercari-cari, terpikir-pikir, ape kah yang aku perlu lakukan untuk menjadikan hari keramat aku (30 Januari) sebagai suatu hari yang sangat istimewa.. Semoga Allah memberikan ilham kepadaku.. dengan tujuan untuk menghargai pengorbanan serta kasih sayang yang di berikan oleh isteriku tercinta... Aku sentiasa berdoa agar hubungan ini akan kekal hingga ke syurga (sampai syurga-FT)..Amin..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...