Thursday, October 11, 2012

Teka Teki Imam Ghazali



   
   1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
   2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
   3. Apakah yang paling besar di dunia?
   4. Apakah yang paling berat di dunia?
   5. Apakah yang paling ringan di dunia?
   6. Apakah yang paling tajam di dunia?

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" Orang tua, guru, kawan dan sahabat".

Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185

KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang".

Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.


KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: "Gunung, bumi, matahari".

Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179

KEEMPAT beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :  "Besi, gajah".

Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan".

Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang".

Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

kesimpulanya ialah :

Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia? MATI

Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia? MASA LALU

Apakah yang paling besar di dunia? NAFSU

Apakah yang paling berat di dunia? MENANGGUNG AMANAH 

Apakah yang paling ringan di dunia? MENINGGALKAN SOLAT

Apakah yang paling tajam di dunia? LIDAH MANUSIA

Wednesday, October 10, 2012

Renungan buat seorang suami...


JIKA seorang isteri menangis di hadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahan lagi. Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan menyerahkan seluruh hati & hidupnya untukmu. Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi. Dia akan menjadi lemah!

Wahai
suami-suami, jika seorang isteri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan penuh kasih sayang & pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu di sepanjang hidupmu walau di saat kau terpuruk terlalu dalam.

Wahai
suami-suami, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan mensia-siakan pengabdiannya. Mungkin, kerana perbuatanmu, kau merosak kehidupannya. Saat dia menangis di hadapanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh ke dalam matanya. Dapatkah kau lihat & kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu?  
Disebalik
KELEMBUTANnya, dia memilik KEKUATAN yang begitu dahsyat. TUTUR KATAnya merupakan KEBENARAN. SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi suami & anak-anaknya.

kredit:bizbaru2020

Tuesday, October 9, 2012

Cikgu...cikgu..


Ni lah hakikatnya pada masa kini...sama-sama kita fikir-fikirkan.. Di dalam lawak, ada masejnya...

Wednesday, September 5, 2012

Eg-Tukar kini kembali lagi...


Syukur Alhamdullilah, aku tak perlu lagi mengisinya (eg-tukar)... Setelah 2 1/2 tahun perkara ni la yang aku dok tunggu-tunggu... Alhamdullilah kini, aku tak perlu lagi menghadapinya... Buat teman dan sahabat yang masih lagi belum berjaya, cuba lagi... Kita buat yang terbaik, sesungguhnya Allah yang lebih mengetahui dan memberikan yang terbaik untuk diri kita... 
Saya kini merasai kemanisan hidup sebagai sebuah keluarga yang sempurna... Kini, tanggungjawab lebih besar.. bukan sahaja perlu menguruskan rumah tangga, tetapi tanggungjawab kepada ibu bapa juga perlu di laksanakan.. 
Insya-Allah, jika tiada aral melintang, aku dah berpakat dengan isteriku,yang kami akan pulng menjenguk ibu dan bapa di Johor sekurang-kurangnya 2 bulan sekali.. Jika aka kelapangan, sebulan sekali lah... Kalu dulu, aku yang pulang utk brjmpe ank isteri yang jauh, kini tanggungjawab untuk ibu dan bapa perlu dilaksanakan.. Aku juga bersyukur segala nazar yang di buat telahpun terlaksana..Alhamdullilah..

Kepada rakan-rakan yang memulakan pengisian Eg-Tukar ni, semoga berjaya...

Thursday, August 30, 2012

Terima kasih F&N

Sekse..sekse...

Dah 3 hari aku terpakse menghadapi masalah sakit tekak ni... bukan itu sahaja, yang lebih haru, suaraku serak... bayangkan lah, mcm ne aku nk mengajar bdk2 dlm kelas... dah habis menjerit pun, haluss je suara yg keluar dr kotak suara aku nie... mungkin ni sbb mkn x jage spnjng raye ni kot... semua yg dpn mate di tala je semuanya...

Dan nk d jadikan cerita lagi, waktu start pose 6 nie lah dia nk jadik... Mmmm...dugaann...dugaannn.. Iyelah, benda baik yg kita nak dpt tu, klu xde cabaran, mungkin kita tak dapat nikmati  kemanisannnya di kemudiaan hari... Harap sangt cepat sembuh... now tgh mencube minum air F&N extra dry bitter soda nie... ni pon my father in law suruh cube... rase dia pelik sikit, tapi..mcm dah mula bagi sedikit kesan yg positif... Semua penyakit ada penawarnya kan... wasalam..

Minuman yang baik untuk melegakan sakit tekak... thanks F&N..hehehe

Saturday, August 25, 2012

Salam Kemerdekaan

Beberapa hari lagi nak Sambut Hari Kemerdekaan malaysia ke 55.. Di dalam kemeriahan syawal ni, usahlah kita semua lupa untuk menyemarakkan hari kemerdekaan kita ini. Salam kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia... Ni ada clip yang boleh di tonton bersame...

video anak merdeka..

Friday, August 10, 2012

Salam Lebaran..

Ini lah post pertama bagi tahun 2012... Tahun ni mmg sgt x aktive blog aku nie...Banyak perkara yang aku kena buat... Next time lah aku story-mory kat blog nie....
Anyway, aku sekeluarga nk ucapkn "Selamat Hari Raya Aidilfitri" buat semua sahabat handai dan kenalan, kaum kerabat keluarga serta seluruh umat Islam di seluruh dunia... Ampun dan maaf di pohonkan... di atas segala kekhilafan selama ini..Semoga kita semua akan mengecapi keindahan bulan Ramadhan dengan kemenangan di 1 Syawal nanti...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...